Cinta Pandangan Pertama
Oleh : Maria Micheal, Sarawak.
Kali pertama ku melihatmu,
Aku ingin berteman denganmu,
Setiap kali aku memandang wajahmu,
Jantungku berasa berdegap~degup,
Kakiku terasa berat untuk melangkah,
Seolah~olah diriku kaku melihat wajah tampan dirimu.
Hatiku gelisahdan berdebar tak menentu setiap kali ku dekat denganmu,
Di lubuk hatiku yang semakin dalam,
Aku ingin menjerit sekuat mampuku untuk meluahkan segala perasaanku terhadap dirimu.
Tetapi apakah dayanya aku takut untuk meluahkan segala isi hatiku kepada dirimu kerana aku takut kau menolak diriku.
Semakin ku simpan perasaan ini,
Semakin ku gelisah dibuat oleh dirimu.
Apakah selama ini perasaan yang kurasakan selama ini adalah perasaan cinta yang timbulnya sendiri tanpa ku minta.
Apakah selama ini diriku kaku serta gelisah kerana memendam segala rasa cintaku terhadap dirimu.
Aku ingin mengatakan aku cinta padamu tetapi akutakut kau menolak cintaku.
Aku ingin mengatakan bahawa aku sayang padamu tetapi aku takut kau mengkhianati diriku.
Aku ingin mengatakan bahawa aku rindu padamu tetapi aku takut kehilangan dirimu.
Apakah yang harus aku lakukan untuk menghilangkan segala rasa takut ku yang selama ini membuatku semakin gelisah dan berdebar tak menentu.
Puisi Cinta Pada Pandangan Pertama Karya Maria Micheal |
Seandainya kau rasa apa yang kurasakan selama ini,
Aku yakin kau juga akan membuat perkara yang sama denganku.
Oh tuhan,berikanlah kekuatan kepadaku supaya aku dapat melafazkan segala luahan hatiku yang terdalam pada dirimu.
Aku juga meminta padamu supaya satukan cinta antara aku dengan dirinya.
Aku sangat sayang dan cinta terhadap dirinya.Aku harap dia mengerti perasaanku.
Semoga sahaja cinta antara aku dengan dirinya terjalin sehingga hujung hayat hidupku.
0 Response to Puisi Cinta Pada Pandangan Pertama Karya Maria Micheal
Posting Komentar